Pages

Monday 8 April 2013

Mari jalan-jalan Kamunting @ Taiping


Assalamualaikum semua,


8 April 2013. Cepatnya masa berjalan. Eh, rasanya bukan berjalan lagi dah. Masa dah berlari...

Apa-apa pun, saya nak maklumkan.....


Az-Zahra homestay sudah ada tetamu untuk Jumaat dan Sabtu minggu kedua dan ketiga April ini. Hari Ahad masih available. Check in seawal jam 2.00 pm hari Sabtu dan check out 12.00 pm hari Ahad (boleh bincang untuk c.out lewat jika perlu). Minggu ke-4 masih kosong.


Az-Zahra homestay juga telah menerima beberapa tempahan untuk cuti sekolah nanti. Cuti sekolah bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2013. Sesiapa yang ada urusan di Kamunting @ Taiping dan bercadang untuk bermalam sila buat tempahan awal ya. Homestay-homestay selalunya full time cuti sekolah. So, bookinglah awal-awal ya...


Time cuti sekolah ni lah orang berebut-rebut nak kawin kan. Kadang-kadang dalam 1 hari ada 3,4 kenduri kawin nak kena  attend. Bila dah makan-makan, minum-minum badan pun dah letih mata pun dah ngantuk.  Jangan khuatir kerana itu adalah normal. hehe.. Jadi, apa kata rehat-rehat dulu di homestay. Baring-baring, mandi-mandi, tido-tido... bila dah rehat barulah ada tenaga semula. Bolehlah pergi berjalan-jalan pula kan.

Kepada yang nak berjalan-jalan ada beberapa tempat menarik di sekitar Taiping dan Kamunting. Antaranya;

- Zoo Taiping
- Night Safari
- Taman Tasik Taiping
- Muzium
- Air terjun / berkelah di Bukit Jana
- Bukit Larut


Kalau nak pergi Kuala Gula agak jauh sikit. Dalam 40 km dari homestay. Kat situ boleh tengok burung-burung. Ada restoran terapung kuala gula. Boleh juga tengok matahari terbenam di Ban Pecah. Cantikk..

Sesiapa yang nak tengok kelip-kelip bolehlah ke Kg. Dew. Lebih kurang 30km dari homestay. Malam-malam jer tau.. Naik sampan. Kot-kotlah nak merasa kelip-kelip hinggap atas kepala kan.... (psstt...saya pun tak pernah pergi tapi orang cakap best. Trylah.)


Untuk tempah Az-Zahra Homestay, sila hubungi no ni yer;

019-4749581  Aziah
019-5092469  Qahar

Harga : RM140

Check in   : 2.00 ptg
Check out : 12.00 t.hari
(masih boleh dirunding)





No comments :

Post a Comment