Pages

Tuesday 10 February 2015

TAHUN BARU HARGA BARU


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, tahun 2015 merupakan tahun ke-4 Az Zahra Homestay beroperasi. Terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi bertandang. InsyAllah kami akan menaik taraf kemudahan-kemudahan yang ada demi kepuasan dan keselesaan pengunjung.

Bermula Januari 2015, kami telah menaikkan kadar sewa kepada RM150 sehari berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu RM140 ( masih lagi antara  homestay termurah di kawasan Kamunting).Masa check in masih sama iaitu jam 2 petang dan check out jam 12 tengahari hari berikutnya (masih boleh dirunding).

Kemudahan yang disediakan ;

Master bedroom 
  • Katil queen
  • Air Cond
  • Bilik Air
Bilik kedua

  • Katil queen
  • Kipas
Bilik ketiga
  • Katil bujang
  • Kipas
Bilik keempat
  • Katil bujang
  • Kipas
Kemudahan lain
  • Peti Ais
  • Kettle
  • Mesin basuh
  • Meja makan
  • Runag tamu dan sofa
  • Pinggan mangkuk
  • TV
  • Seterika
  • Bantal dan toto extra
  • Selimut extra
  • Telekung
  • Sejadah
  • Parking berbumbung untuk 2 buah kereta

Keistimewaan:
  • Homestay berhadapan jalan utama. Blok hadapan, senang cari dan insyaallah tak sesat.
  • Parking luas. Boleh parking untuk 5 buah kereta di hadapan rumah. 
  • Berhampiran kedai makan dan kedai runcit, 
  • Berdekatan kawasan perkelahan.


Destinasi:

0.8km Kompleks Rakan Muda Kamunting
1.0km Sekolah Menengan Teknik Taiping.
1.5KM Kawasan Perkelahan / Air Terjun Bukit Jana.
2.0km Masjid Kemunting.
3.5km Muzium Taiping Perak
3.8km Stesen Bas Kamunting
4.0km Zoo Taiping / Safari Night
4.1km Taman Tasik Kamunting .
4.1km SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
4.2km MRSM Taiping.
4.5km Pasaraya Econsave
4.6km The Store
4.7km Bukit Larut (Maxwell Hill)
5.1km Tesco
8.3km Pasaraya Giant
18km Bukit Merah Lake Town
25km Mee Udang Kuala Sepetang
30km Bukit Merah Lake Town, Taman Tema Air, Eco Park, Pulau Orang Utan, Chairlift
40km Pusat Santuari Kuala Gula, Restoran Terapung Kuala Gula.

Untuk tempahan hubungi 019-5092469 Qahar @ 019-4749581 Aziah


Alamat homestay :

Az Zahra Homestay,
42, Jalan Jana Mulia 5,
Taman Jana Setia,
Kamunting, Perak.
(Belakang hotel SSL Traders)








Thursday 12 September 2013

JADUAL TEMPAHAN / SEPTEMBER 2013


Assalamualaikum,

Berikut adalah jadual tempahan Az-Zahra Homestay bagi bulan September 2013.

7 - 9 Sept / minggu pertama (penuh)
13 - 16 Sept / minggu kedua (penuh)
21 - 22 Sept / minggu ketiga (penuh)
27 - 29 Sept / minggu keempat (penuh)

Selain daripada tarikh-tarikh tersebut masih kosong.

Harga : RM 140

Check in : 2.00 petang
Check out : 12.00 t/hr
(masih boleh dirunding)

T.kasih..

Friday 14 June 2013

Alamat Az-Zahra Homestay




Az-Zahra Homestay,
42, Jalan Jana Mulia 5,
Taman Jana Setia,
Kamunting, 
Perak.



Thursday 6 June 2013

Homestay Az Zahra Kamunting, Taiping, Perak.


Cuti persekolahan hampir ke penghujungnya. 


Alhamdulillah, hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah ini Az Zahra homestay menerima tetamu. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi menginap di sini. 


Berikut ialah tarikh yang telah dibooking bermula hari ini hingga akhir Jun 2013. Selain daripada tarikh tersebut masih kosong buat masa ini.


7 - 9 Jun 2013      - penuh
15 - 17 Jun 2013  - penuh



Oh ya, ramai juga yang menelefon untuk booking homestay pada hari raya nanti. InsyaAllah kita akan menyambut Aidilfitri pada 8 Ogos 2013 dan sekolah bercuti sehingga 18 Ogos 2013.

Untuk makluman, 9 - 11 Ogos Az Zahra homestay dah penuh ya. Selain daripada tarikh tu masih kosong.  Kebiasaannya homestay akan sentiasa penuh di musim perayaan dan cuti sekolah. Jadi, sila buat tempahan awal bagi mengelakkan kesulitan.



Untuk pertanyaan / tempahan sila hubungi :

019-509 2469   Qahar
019-474 9581   Aziah

Alamat :

Az-Zahra Homestay,
42, Jalan Jana Mulia 5,
Taman Jana Setia,
Kamunting, Perak.































Terima Kasih....

Tuesday 9 April 2013

Homestay @ Rumah Sewa


-->
Semenjak dua menjak ni banyak pulak terima panggilan bertanyakan Az-Zahra homestay.

Tapi soalan @ ayatnya berbunyi begini ;

"Puan tak nak sewakan ker homestay puan tu?"

"Puan, saya baru dapat tukar kerja di Kamunting. Saya sedang cari rumah sewa. Apa kata puan sewakan jer homestay puan tu pada saya. Saya bayar sewa bulanan."

"Akak, saya student U. Saya kena praktikal kat sini. Saya nak sewa homestay akak 3 bulan. Boleh x?"

"Akak, saya ada kat depan homestay akak ni. Sebenarnya saya tengah cari rumah sewa. Saya berkenan la dengan homestay akak ni. Strategik. Boleh tak saya nak sewa. Tak lama, dalam 2 tahun jer.. lagipun dah merata-rata saya cari rumah sewa area kamunting ni. Susah betul nak dapat rumah sewa sekarang kan."

Haaa...macam tulah bunyinya...

Dannn....jawapan saya ialah;

Maaf yer... buat masa sekarang  saya tak bercadang lagi nak sewakan rumah tu.

Sebab...... sebab..... sebab....

·         Kadang-kadang kalau xder customer kitorang yang pergi melepak-lepak kat situ. Kalau dah sewakan x dapatlah kami nak melepak-lepak lagi kan...




·         Lagipun, rumah saya tu rumah baru. Saya bimbang kalau orang sewa nanti dia ketuk-ketuk dinding sana sini.. dah rosak rumah nanti kan. Sayang....




·         Dan lagi, saya tak tau nak letak harga sewa berapa. Kalau ikut rate kat situ dalam rm350 - rm400. Rasa macam tak berbaloi pulak. Lebih untung buat homestay kan...

Minta maaf yer.... nanti kalau tiba-tiba kami berubah fikiran saya bagitau yer...



bilik ke-4 (katil bujang dan kipas)




bilik ke-3 (katil bujang dan kipas)

bilik ke-2 (katil queen dan kipas)


ruang tamu





Monday 8 April 2013

Mari jalan-jalan Kamunting @ Taiping


Assalamualaikum semua,


8 April 2013. Cepatnya masa berjalan. Eh, rasanya bukan berjalan lagi dah. Masa dah berlari...

Apa-apa pun, saya nak maklumkan.....


Az-Zahra homestay sudah ada tetamu untuk Jumaat dan Sabtu minggu kedua dan ketiga April ini. Hari Ahad masih available. Check in seawal jam 2.00 pm hari Sabtu dan check out 12.00 pm hari Ahad (boleh bincang untuk c.out lewat jika perlu). Minggu ke-4 masih kosong.


Az-Zahra homestay juga telah menerima beberapa tempahan untuk cuti sekolah nanti. Cuti sekolah bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2013. Sesiapa yang ada urusan di Kamunting @ Taiping dan bercadang untuk bermalam sila buat tempahan awal ya. Homestay-homestay selalunya full time cuti sekolah. So, bookinglah awal-awal ya...


Time cuti sekolah ni lah orang berebut-rebut nak kawin kan. Kadang-kadang dalam 1 hari ada 3,4 kenduri kawin nak kena  attend. Bila dah makan-makan, minum-minum badan pun dah letih mata pun dah ngantuk.  Jangan khuatir kerana itu adalah normal. hehe.. Jadi, apa kata rehat-rehat dulu di homestay. Baring-baring, mandi-mandi, tido-tido... bila dah rehat barulah ada tenaga semula. Bolehlah pergi berjalan-jalan pula kan.

Kepada yang nak berjalan-jalan ada beberapa tempat menarik di sekitar Taiping dan Kamunting. Antaranya;

- Zoo Taiping
- Night Safari
- Taman Tasik Taiping
- Muzium
- Air terjun / berkelah di Bukit Jana
- Bukit Larut


Kalau nak pergi Kuala Gula agak jauh sikit. Dalam 40 km dari homestay. Kat situ boleh tengok burung-burung. Ada restoran terapung kuala gula. Boleh juga tengok matahari terbenam di Ban Pecah. Cantikk..

Sesiapa yang nak tengok kelip-kelip bolehlah ke Kg. Dew. Lebih kurang 30km dari homestay. Malam-malam jer tau.. Naik sampan. Kot-kotlah nak merasa kelip-kelip hinggap atas kepala kan.... (psstt...saya pun tak pernah pergi tapi orang cakap best. Trylah.)


Untuk tempah Az-Zahra Homestay, sila hubungi no ni yer;

019-4749581  Aziah
019-5092469  Qahar

Harga : RM140

Check in   : 2.00 ptg
Check out : 12.00 t.hari
(masih boleh dirunding)





Monday 18 March 2013

Cuti Sekolah ( 23 - 31 Mac 2013)


Alhamdulillah,..Booking untuk Az-Zahra homestay dah penuh sempena cuti sekolah ni.


23 - 29 Mac  ------ En. Khairudin (Pahang)

30 Mac          ------ Suhana



InsyaAllah, kami akan bagi diskaun kepada yang menginap lebih daripada 3 malam ya..



T. Kasih....